MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KEPELBAGAIAN IDEA " BANGSA IDAMAN" DAN PERBAHASAN




KUMPULAN 1

GLORIA IMANUEL
20DKA21F1047

AMYLIA CHERIDA AK ROBERT
20DKA21F1081
 - _   

SYAZA IRDINA BINTI HALEED
20DKA21F1075





PENSYARAH: PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI AWG MOHAMMAT


ISI KANDUNGAN

- PENGENALAN

- OBJEKTIF KAJIAN

- KONSEP BANGSA IDAMAN

- SEJARAH BANGSA IDAMAN

- CABARAN DALAM MEMBENTUK BANGSA IDAMAN

- KESIMPULAN

- RUJUKAN

- LAMPIRAN

 

OBJEKTIF KAJIAN

-MEMAHAMI KONSEP BANGSA IDAMAN

-MENGETAHUI CABARAN DALAM MEMBENTUK NEGARA BANGSA

 

                           PENGENALAN

Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang dimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah negara yang berdaulatdenganrakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentiment perkauman, keturunan, agama, Bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah tiga perbahasan utama dalam persoalan nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk semenjak tahun 1957. Latar belakang dan latar hadapan kepadaprojek negara-bangsa Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang dinamakan sebagai bangsa Malaysia. Malaysia, yang berlatar belakang empat tiang utama iaitu agama,bahasa,budaya dan raja telah memberikan citra utama kepada identitikebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Seterusnya, bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya, dan sejarah. Bangsa idaman juga seringkali dikaitkan dengan pertalian darah. Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan .Atau ‘belonging together’. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan Bersama dalam sesebuah negara.


            KONSEP BANGSA IDAMAN

              Bangsa Idaman Sebelum Merdeka

            Konsep Bangsa Idaman sebelum Merdeka adalah pergerakan nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman yang diinginkan mereka sendiri , yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation). Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949).


Selepas merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. Idea dan pendapat mengenai identity nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia akhir tahun 1990. Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led

Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia iaitu Wawasan 2020 dimana bangsa Idaman anjuran Kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipromosi secara besar-besaran. Seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu “Sabah untuk Sabahan” bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu” Sarawak untuk Sarawakian” bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.



 Bangsa idaman Era Malaysia baru

 Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin  mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.






Pada tahun 1996, Shamsul AB melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah project work in progress dan sentiasa berlaku pertandingan bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.

Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identity nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular Ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahantun Tun Dr Mahathir Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.

            Cabaran Untuk Mewujudkan Bangsa Idaman 

1.LIBERALISME

-yang membawa maksud kesederhanaan atau keterbukaan

2.PLURALISME

-bermaksud sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripda hasil penjajahan pada zaman dahulu

3.KEPELBAGAIAN BUDAYA

-kepelbagaian budaya juga menjadi cabaran untukmewujudkan bangsa idaman. Kepelbagaian budaya adalah pembentukan masyarakatmajmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk di negara


                            KESIMPULAN

Dalam setiap perbincangan ini , dapat kita lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.

Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap mengelak mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.


                                    RUJUKAN


1.  Shamsul Amri Baharuddin.(2019).Konsep ‘Bangsa Idaman’: Sebuah Kupasan Mengenai Usaha Merintis Malaysia Baru

                     


2Abdul Rahman Embong.(2001).Negara bangsa : Proses dan perbahasan .Bangi :Penerbit UKM










Ulasan